RSS

Pengharaman Tarian Poco-Poco

WarkahDaily, 31 Mac – Jawatankuasa Fatwa Perak dah keluarkan surat pengharaman tarian poco-poco yang dikatakan mempunyai kaitan dengan amalan pemujaan dan bercirikan agama Kristian.
Padahal tarian ini begitu рοрυƖаr di negara ini kerana pembesar negara sendiri yang dilihat seolah mempromosinya kepada masyarakat apabila turut sama terlibat dengan tarian berkenaan.
Sehinggakan, boleh dikatakan dimana-mana (pelusuk negara) tarian poco-poco ini dimainkan. Sebelum itu pun, bukannya tak ada yang memberitahu ciri-ciri tarian yang mempunyai ciri-ciri agama Kristian itu, namun ianya tidak diendahkan…bahkan semakin menjadi-jadi dibuatnya.





Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
“Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.


Sabda Nabi s.a.w:“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum
Bermaksud Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...