RSS

Sejarah Sebenar Tentang April Fool


Esok hari april fool kan?..sebelum korang nak sambut atau nak planning untuk pekena kawan-kawan korang tu,luangkan sedikit masa untuk mengenali sejarah sebenar sambutan april fool ni...


Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol.
Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.

Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.

Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan. Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.

Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.

Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya
merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.




Sabda Nabi s.a.w:“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum
Bermaksud Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pengharaman Tarian Poco-Poco

WarkahDaily, 31 Mac – Jawatankuasa Fatwa Perak dah keluarkan surat pengharaman tarian poco-poco yang dikatakan mempunyai kaitan dengan amalan pemujaan dan bercirikan agama Kristian.
Padahal tarian ini begitu рοрυƖаr di negara ini kerana pembesar negara sendiri yang dilihat seolah mempromosinya kepada masyarakat apabila turut sama terlibat dengan tarian berkenaan.
Sehinggakan, boleh dikatakan dimana-mana (pelusuk negara) tarian poco-poco ini dimainkan. Sebelum itu pun, bukannya tak ada yang memberitahu ciri-ciri tarian yang mempunyai ciri-ciri agama Kristian itu, namun ianya tidak diendahkan…bahkan semakin menjadi-jadi dibuatnya.





Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.
“Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan,” kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.
Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.


Sabda Nabi s.a.w:“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum
Bermaksud Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

11 jenis manusia yang akan didoakan Malaikat



PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman . Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah S.A.W bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, dimana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagai mana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9 . Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. WAllahu'alam.Semoga kita termasuk dan tersenarai sama. InsyaAllah.

Peringatan. Solat itu wajib, jgn biarkan diri dimamah usia dengan kekosongan rohani. Isikanlah dengan zat-zat yang berguna. Sebaik-baik rumah adalah Syurga. Sewanya dibayar dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Seburuk-buruk tempat adalah neraka. Hindarkanlah dengan solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang luas kerana solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Kubur yang sempit kerana tidak solat 5 waktu, puasa, zakat dan sunnah Rasulullah. Lakukan sebaik mungkin yang wajib, insyaalah yang sunat pun akan berkat. Amin.a279;

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Macam Anak Patung Barbie

Jom kita lihat gambar seorang budak yang rupanya hampir menyerupai patung mainan...dikatakan ibubapa budak ini telah menyuntik Botox kepada budak ini...

Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre
Almost A Doll   bizarre



  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[GAMBAR] Bekas Penyimpan DVD/CD Paling Menarik

 Penyimpan DVD/CD Berbentuk Haiwan


Squished Animals CD Holders
Simpan koleksi cd/dvd anda dengan bekas penyimpan cd/dvd berbentuk haiwan yang menarik ini! Bekas penyimpan cd/dvd ini terdapat dalam 3 bahagian.2 bahagian hujung berbentuk seperti roda untuk mengecutkan haiwan yang terperangkap ditengah-tengah koleksi cd/dvd anda.$39,95! (Link)


 Beka Penyimpan CD/DVD Berbentuk Jam


CD clock

Dengan saiz sebesar 73 x 13 x 36 cm, dan jam yang menggunakan lampu LED yang berwarna merah ini, pasti akan menjadi tumpuan orang yang berkunjung ke rumah anda,,(Link)


 Bekas Penyimpan CD/DVD Berbentuk Barcode 


Barcode CD Holder
Pereka bekas penyimpan cd/dvd berbentuk barcode ini ialah Marian Lassak.Cd.Sememangnya kreatif sekali cipatan peraka ini.(Link)




Berbentuk Kertas Lipatan @ Origami


Folded Paper CD Case


Bekas penyimpan berberbentuk kertas lipatan atau origami ini direka oleh Studio Lo. di laman web Studio Lo's ,mereka ada menerangkan cara untuk membuatnya dan mereka ada memberikan sample percuma untuk di cetak oleh anda. (Link)


Bekas Penyimpan CD/DVD Berbentuk Manusia


Artistic Human CD Holders
Sesiapa yang sudah bosan dengan penyimpan cd/dvd biasa bolehlah dapatkan bekas penyimpan berbentuk cd/dvd berbentuk manusia dengan aksi-aksi yang menarik ini pula.(Link)


 Bekas Penyimpan CD/DVD Berbentuk cokelat 'Hershey Kisses' 


Hershey Kisses CD Rack
Rak berbentuk cokelat Hershey's Kiss dilancarkan oleh Hidden Art.rak berbentuk Hershey's Kiss ini tidak boleh dimakan tau...kerana ianya dibuat daripada alluminium. . Harga sekitar $15, boelh didapati dalam warna hitam,hijau biru dah merah. (Link)


 Bekas Penyimpan CD/DVD Bentuk Datu 'Nantes CD60'  


Nantes CD60 dice CD holder
Setiap bentuk bersaiz 18 cm (7 in.) dan boleh memuatkan 60 kepind CD/dvd. Ada 4 warna iaitu oren,merah jambu,hijau dan biru. Bekas peinyimpan ini direka oleh  StrapYa, dan ianya berharga $19,75 (Link)


 Bekas Penyimpan CD/DVD 'Dimitri' 


Dimitri CD Holder
Bekas pemegang cd/dvd ini bernama Dimitri .ianya berbentuk orang angkat berat.$6.99! (Link)


 Bekas Penyimpan CD/DVD Berbentuk DNA hélix 


DNA hélix CD rack
Bekas penyimpan ini menyerupai DNA helix.sesuai untuk mereka yamg minat sains.ada pelbagai saiz dan warna untuk dipilh,dan anda boleh membelinya secara online.  (Link 1 | Link 2)


Bekas Penyimpan CD/DVD Berbentuk Bunga.


CD Flower
Bekas penyimpan ini diperbuat daripada besi.anda boleh membuka cd/dvd tanpa menanggalkan cover cd/dvd tersebut... (Link)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...