RSS

Jodoh - Doa dan Harapan



Ya Allah, seandainya engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
satukanlah hatinya dengan hatiku,
Ya Tuhan Maha Mengasihi,
seiringkanlah kami melayari hidup ini,
ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah, seandainya telah engkau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah ia jauh dari pandanganku,
luputkanlah ia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan.

Serta Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mengerti,
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya jauh ke dada langit,
hilang bersama senja nan merah,
agar aku tetap bahagia walaupun tanpa bersama
dengan dirinya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
pasrahkanlah aku dengan takdirmu,
sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan,
adalah yang terbaik buatku,
kerna Engkau Maha Mengetahui segala yang terbaik
buat hamba-mu ini

Ya Allah yang tercinta,gantilah yang telah hilang
tumbuhkanlah kembali yang telah patah
jika dia bukan ditakdirkan untuk diriku
berikanlah aku insan yang lebih baik
jika dia bukan jodohku

Ya Allah,cukuplah engkau sahaja
menjadi pemeliharaanku di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambamu yang daif ini
jangan engkau biarkan aku sendirian
di dunia mahupun di akhirat
jauhkanlah aku dari terjurus ke arah
kemaksiatan dan kemungkaran

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman
supaya aku dan dia sama-sama dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang engkau redhai
dan kurniakan kepadaku keturunan
yang soleh dan solehah
berilah kami kebahagiaan hidup
di dunia dan di akhirat

sumber

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[GAMBAR] Gitar dari 7000 batang pokok


Seorang petani dari Argentina membuat lanskap ini hanya kerana cinta...Amazing..

Sumber

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[ARTIKEL] Rahsia Ais Dan Air Sejuk



■ Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia (sukar tidur) agar dapat kembali tidur seperti biasa.

■ Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang.

■ Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.

■ Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semula jadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.

■ Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.

■ Ais amat diperlukan mana-mana atlet dalam kecederaan yang tidak disangka-sangka,

■ Air sejuk atau ais kini dijadikan bahan perencat kepada kecederaan yang akut seperti demam panas yang biasanya dihidapi bayi yang mempunyai potensi menghidapi penyakit sawan.

■ Air sejuk adalah terapi yang amat popular sebagai penguat tulang yang patah dengan syarat ia dibalut dengan kain hitam.

■ Air sejuk dalam rahsia cuka adalah sangat baik untuk menguatkan tulang yang patah kerana ia dapat menyembuhkan tulang dengan lebih cepat.

■ Air suam dengan rahsia cuka yang diminum akan melemahkan dan mengecutkan sistem aliran darah yang menjadi penyebab utama terjadinya lumpuh.

■ Makruh mengambil air sembahyang (wuduk) pada suhu yang tinggi atau yang terkena panas cahaya matahari yang pasti akan mengganggu sistem deria pada kulit.

■ Air sejuk secara psikologinya amat ditakuti pesakit yang mengalami gangguan jin atau dikuasai unsur spiritual yang jahat.

■ Air sejuk mempunyai nada bunyi dalam tekanan rendah yang amat lembut lagi mengharmonikan.

■ Air sejuk juga dipercayai dapat menguatkan tulang bayi.

■ Air sejuk akan meningkatkan sistem imun yang luar biasa sebagai tenaga pencegahan pelbagai penyakit alahan dan jangkitan.

■ Air sejuk dalam rahsia ais memegang rahsia kepadatan molekul kristal yang paling keras iaitu intan.

■ Air sejuk adalah kuasa penyerap yang amat sesuai dijadikan sistem penghantaran tenaga yang paling cekap sehingga ke dasar sel yang jauh dan menyeluruh.

■ Air sejuk mempunyai daya rangsangan yang boleh mengembalikan semangat yang sudah hilang bagi mereka yang pengsan, gila dan koma untuk kembali sedar.

■ Mandi air sejuk akan menguatkan tulang. Tulang yang berlebihan dengan asid urik akan meningkatkan suhu tulang.

■ Air sejuk lebih stabil molekul atomnya.

■ Air sejuk lebih peka kepada gelombang frekuensi rendah yang dirakamkan melalui niat dalam amalan berwuduk.

■ Air sejuk sesuai dijadikan air penawar kepada orang yang ingin merakamkan bunyi dalaman yang disertai dengan rasa kasih sayang dan keikhlasan.

■ Air kelapa muda bersifat sejuk dan amat baik untuk kesihatan kerana ia berkesan untuk meneutralkan kesan keracunan dan keasidan yang berlebihan di dalam aliran darah. Tubuh secara semula jadi bersifat panas dan ia memerlukan pasangan yang bersifat sejuk.

■ Oksigen dan hidrogen bersifat panas dan ia menguasai bahagian perut. Menjadi suatu kesalahan memulakan amalan pemakanan di waktu pagi dengan unsur yang panas. Minumlah seteguk air sejuk pada awal pagi kerana ia akan menguatkan perut.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

LAWAK HARI INI : Karangan merapu tahap gaban

 Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di GentingHighlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

Sumber

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[ARTIKEL] TABARRUJ di facebook



Facebook merupakan laman sosial kegilaan ramai buat masa kini. Cukup aneh untuk berjumpa dengan seseorang yang tidak mempunyai sekurang-kurangnya sebuah akaun facebook. Namun di sebalik penggunaan facebook ini, tanpa kita sedari pelbagai dosa berlaku di kalangan pengguna. Ustaz Zaharudin ada mengulas mengenai dosa-dosa & facebook, bagaimanapun saya ingin menfokuskan pada salah satu point yang diberi beliau iaitu 'terlebih gambar'. Sikap suka menunjuk-nunjuk gambar boleh dikaitkan dengan tabarruj, iaitu suatu dosa yang dianggap remeh oleh masyarakat kita. Apakah itu tabarruj? Suatu persoalan yang perlu dihurai lanjut.


TABARRUJ ialah mendedahkan kecantikan rupa paras sama ada kecantikan itu di bahagian muka atau di anggota-anggota badan yang lain. Al-Bukhari rahmatullah 'alaihi ada berkata:


“tabarruj, iaitu seorang wanita yang memperlihatkan kecantikan rupa parasnya”.


Untuk menjaga masyarakat daripada bahaya pendedahan ‘aurat dan disamping menjaga kehormatan wanita dari sebarang pencerobohan, maka dengan yang demikian Allah melarang setiap wanita yang berakal lagi telah baligh dari bertabarruj. Allah s.w.t telah berfirman dalam surah an-Nur ayat 31 yang bermaksud:

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dengan ini jelas bahawa sebarang corak perhiasan di anggota badan atau di pakaian, adalah boleh membawa fitnah. Dengan inilah Allah melarang bermake-up. Larangan seperti ini hanya sanggup ditaati oleh wanita-wanita yang beriman sahaja kerana takut kepada kemurkaan Allah dan seksaan dari-NYA. Berikut pula mari kita renungi firman Allah khasnya yang ditujukan kepada isteri-isteri Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hai isteri-isteri Nabi(a.s), kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kau bertaqwa. Kerana itu janganlah kamu terlalu lunak dalam bicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada perasaan serong di dalam hatinya, tetapi ucaplah perkataan yang baik.” (Al-ahzab: 32)



Daripada ayat ini dapatlah difahamkan bahawa suara lemah lembut adalah sebahagian daripada ‘aurat wanita juga.Kembali lagi kita kepada jenis alat-alat make-up. Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:



“Andainya wanita keluar dari rumah serta memakai bau-bauan, maka dia sudah dianggap melakukan perzinaan”(Riwayat Abu Daud, At-Tirmidzi dan Albani : Hasan Sohih)
Penggunaan wangi-wangian sembur atau jenis jenis bauan bagi kaum wanita diwaktu keluar dari rumah adalah dilarang, kerana syari’at Islam, apabila melarang perzinaan, maka segala sumber-sumber dan cirri-ciri yang membawa kepada perbuatan keji tadi semuanya juga dilarang.

Ummu salamah ada menceritakan, maksudnya begini:

“ Asma’ binti Abu Bakar telah menziarahi Rasulullah s.a.w pada suatu hari dengan pakaian yang nipis. Lantas Rasulullah.s.a.w menasihatinya dengan bersabda yang maksudnya :“ Wahai Asma’, sesungguhnya seseorang gadis yang telah berhaidh (baligh), tidak harus baginya menzahirkan anggota badan, kecuali ini dan ini.” Ketika itu, Rasulullah s.a.w mengisyaratkan kepada muka dan kedua tapak tangan.



Sekarang kita khususkan konsep tabarruj ke dalam penggunaan facebook. Jenguklah sebentar ke laman facebook dan lihatlah bertapa ramai muslimah tanpa segan silu meletakkan gambar-gambar memperlihatkan kecantikan masing-masing dengan pelbagai aksi. Macam-macam gaya ditunjukkan, ada yang menunjukkan peace, ada yang membeliakkan mata, memuncungkan mulut dan sebagainya. Apabila bila ditanya apakah motif memperlihatkan gambar sedemikian rupa? Rata-rata akan menjawab sekadar berkongsi kegembiraan, pengalaman dan sebagainya. Namun tidakkah dapat kita berfikir sejenak, memperlihatkan gambar tersebut boleh mendatangkan pelbagai respon dan persepsi ramai. Terutamanya kepada kaum berlawanan, gambar tersebut dapat mendatangkan keghairahan. Jikalah kaum hawa mengetahui apakah kaum adam berkata sesama sendiri mengenai gambar tersebut, nescaya mereka tidak akan meletak gambar sedemikian rupa lagi!


Islam merupakan agama yang menghendaki kita bersederhana. Janganlah berlebih-lebihan meletak gambar, seolah-olah saling berlawan siapakah memiliki paling banyak gambar. Jika tersangat beringinan untuk menunjukkan wajah diri sebagai pengenalan diri, cukuplah sekadar meletak satu gambar dengan syarat gambar tersebut tanpa aksi-aksi tertentu yang mampu menarik perhatian orang luar. Mudah-mudahan kita mampu melawat sifat ingin menunjuk-nunjuk ini. Nah... mulalah berubah. Anda mampu untuk mengatasi penyakit ini!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

FUN OF THE DAY : What? just add 20 cent more.....

What? just add 20 cent more you can get this big....LOL

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Statistik yahudi vs muslim.




Statistik yahudi vs muslim.
Ini sebagai pengetahuan AM kita semua.
Kalau salah, harap dimaafkan.

~mori
sumber:internet

Fakta dibawah dengan sendirinya ia menyatakannya secara jelas kecuali kita gagal ‘mendengarnya’.

Sebahagian isi diambil daripada ucapan Hafez A.B Mohamed, Pengarah Umum Al-Baraka Bank, Afrika Selatan.

Populasi Yahudi Di Seluruh Dunia
• 7 juta di Amerika
• 5 juta di Asia
• 2 juta di eropah
• 0.1 juta di Afrika
Keseluruhan = 14.1 juta

Populasi Muslim Di Seluruh Dunia


• 1,000 juta di Asia
• 400 juta di Afrika
• 44 juta di Eropah
• 6 juta di Amerika

Keseluruhan = 1,500 juta

• Setiap 5 populasi manusia di muka bumi bermakna terdapat seorang Muslim (20%)
• Setiap orang Hindu Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Buddha Terdapat dua Muslim (1:2)
• Setiap orang Yahudi Terdapat 107 Muslim (1:107)
• 14 Juta Yahudi lebih berkuasa daripada keseluruhan 1,500 juta Muslim.

Mengapa?
Berikut adalah beberapa sebab

Sejarah Pendatang Yahudi
• Albert Einstein - Yahudi
• Sigmund Freud - Yahudi
• Karl Marx - Yahudi
• Paul Samuelson - Yahudi
• Milton Friedman - Yahudi

Penemuan Perubatan
• Vaccinating Needle - Benjamin Ruben - Yahudi
• Polio Vaccine - Jonas Salk - Yahudi
• Leukaemeia Drug - Gertrude elion - Yahudi
• Hepatitis B - Baruch Blumberg - Yahudi
• Syphilis Drug - Paul Ehrlich - Yahudi
• Neuro Muscular - Elie Metchnikoff - Yahudi
• Endocrinology - Andrew Schally - Yahudi
• Cognitive Therapy - Aaron Beck - Yahudi
• Contraceptive Pill - Gregory Pincus - Yahudi
• Understanding Of Human eye - G. Wald - Yahudi
• Embryology - Stanley Cohen - Yahudi
• Kidney Dialysis - Wilem Kloffcame - Yahudi

Pemenang Hadiah Nobel
Sejak 105 tahun lepas, 14 juta Yahudi telah memenangi 180 hadiah Nobel manakala 1,500 juta Muslim hanya menang 3 Anugerah Nobel yang kesemuanya warga Mesir.

Inovasi Yang Mengubah Sejarah
• Micro-Processing Chip - Stanley Mezor - Yahudi
• Nuclear Chain Reactor - Leo Sziland - Yahudi
• Optical Fibre Cable - Peter Schultz - Yahudi
• Traffic Lights - Charles Adler - Yahudi
• Stainless Steel - Benno Strauss - Yahudi
• Sound Movies - Isador Kisee - Yahudi
• Telephone Microphone - Emile Berliner - Yahudi
• Video Tape Recorder - Charles Ginsburg - Yahudi

Bisnes Global Berpengaruh
• Polo - Ralph Lauren - Yahudi
• Coca Cola - Yahudi
• Levi’s Jeans - Levi Strauss - Yahudi
• Starbuck’s - Howard Schultz - Yahudi
• Google - Sergey Brin - Yahudi
• Dell Computers - Michael Dell - Yahudi
• Oracle - Larry Ellison - Yahudi
• DKNY - Donna Karan - Yahudi
• Baskin & Robbins - Irv Robbins - Yahudi
• Dunkin Donuts - Bill Rosenberg - Yahudi

Ahli Politik / Intelek Berpengaruh
• Henry Kissinger -US Sec of State - Yahudi
• Richard Levin - President Of Yale University - Yahudi
• Alan Greenspan - US Federal Reserve - Yahudi
• Joseph Lieberman - - Yahudi
• Madeline Albright -US Sec Of State - Yahudi
• Casper Weinberger - US Sec of Defense - Yahudi
• Maxim Litvinov - USSR Foreign Minister - Yahudi
• David Marshal - Singapore Chief Minister - Yahudi
• Isaacs Isaacs - Gov-gen Australia - Yahudi
• Benjamin Disraeli - British Stateman - Yahudi
• Yevgeny Primakov - Russian PM - Yahudi
• Barry Goldwater - US Politician - Yahudi
• Jorge Sampaio - Portugal President - Yahudi
• Herb Gray - Canadian Deputy PM - Yahudi
• Pierre Mendes - French PM - Yahudi
• Michael Howard - British Home Sec. - Yahudi
• Bruno Kriesky - Austrian Chancellor - Yahudi
• Robert Rubin - US Sec of Treasury - Yahudi

Media Global Berpengaruh
• Wolf Blitzer - CNN - Yahudi
• Barbara Walters - ABC News - Yahudi
• Eugene Meyer - Washington Post - Yahudi
• Henry Grunwald - Time Magazine - Yahudi
• Katherine Graham - Washington Post - Yahudi
• Joseph Lelyeld - New York Times - Yahudi
• Max Frankel - New York Times - Yahudi

Philanthropists Global
• George Soros - Yahudi
• Walter Annenberg - Yahudi

Mengapa Mereka Sangat Berkuasa?

Jadi mengapa Muslim tidak berkuasa? Di sini ada beberapa sebab. Kita sudah ketinggalan dari segi kapasiti menghasilkan ilmu.

• Di seluruh Negara Islam (57 Negara) terdapat hanya lebih kurang 500 Universiti.
• Di US sahaja terdapat 5,758 Universiti.
• Di India sahaja terdapat 8,407 Universiti.
• Hanya ada beberapa Universiti dari Negara Islam yang mendapat Ranking 500 Universiti Terbaik Dunia.
• Literasi di Negara Kristian - 90%
• Literasi di Negara Islam - 40%
• 15 negara Majoriti Kristian mencatatkan Literasi 100%
• Tiada Negara Majoriti Muslim mencatatkan Literasi 100%
• 98% di Negara Majoriti Kristian berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• Hanya 50% di Negara Islam berjaya melengkapkan pengajian di Sekolah Rendah.
• 40% di Negara Majoriti Kristian Mendapat pendidikan Universiti.
• Di kalangan Muslim terdapat 230 Saintis per sejuta Muslim.
• Di US terdapat 5000 Saintis per Sejuta.
• Di Dunia Kristian terdapat 1000 Juruteknik per sejuta.
• Di seluruh Arab Hanya Terdapat 50 Juruteknik per sejuta.
• Negara Islam membelanjakan 0.2% untuk penyelidikan dan pembangunan daripada Keluaran Negara Kasar.
• Negara Kristian Membelanjakan 5% daripada Keluaran Negara Kasar untuk Penyelidikan dan Pembangunan.

Kesimpulan 1

Muslim kekurangan kapasiti untuk menjana ilmu pengetahuan. Jalan lain untuk menguji darjah pengetahuan ialah darjah menyebarkan pengetahuan.
• Pakistan Mempunyai 23 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Singapore mempunyai 460 pembaca Akhbar Harian per 1,000 rakyatnya
• Di UK 2,000 tajuk buku per sejuta
• Di Mesir Hanya 17 tajuk buku per sejuta.

Kesimpulan 2


• Muslim gagal menyebarkan ilmu pengetahuan.
• Mengaplikasikan ilmu pengetahuan merupakan satu lagi Ujian
• Eksport produk berteknologi tinggi dari Pakistan ialah hanya 0.9% daripada keseluruhan eksport dan Arab Saudi 0.2% manakala Kuwait, Maghribi dan Algeria 0.3% sedangkan Singapore sahaja 68%.

Kesimpulan 3
• Muslim gagal mengaolikasikan ilmu pengetahuan.
• Apa Yang Perlu Disimpulakan?
• Tidak perlu dinyatakan kerana statistik dan Fakta di atas dengan jelas menyatakannya kecuali kita gagal mendengarnya.

Nasihat Saya
Sama-samalah memberi pendidikan kepada diri sendiri rakan, saudara jauh dan dekat serta anak-anak dan menggalakkan pendidikan. jangan berkompromi dalam soal ini dan jangan biarkan anak anda daripada tidak mendapat bimbingan dan galakan dalam pendidikan (dan tolong jangan gunakan kabel (networking), rakan untuk menaikkan anak anda dalam pendidikan demi kebaikan anak anda. Jika mereka gagal biarkan mereka belajar bagaimana untuk lulus. Jika mereka gagal lakukan sekarang, mereka akan dapat lakukannya nanti)

Kita adalah Populasi terbesar dunia dan terkuat dan apa yang perlu kita lakukan ialah mengenalpasti dan menerokai kekuatan kita. Kejayaan kita adalah ilmu Pengetahuan kita, kreativii kita, literasi kita dan tiada yang lain.

Tolonglah Wahai Muslim. Bangunlah… Masih tidak terlalu lambat.


Nota:
Kerana Membudayakan Ilmulah Kaum Yahudi berjaya menakluki dunia. Sayangnya kita kini termasuk diri saya sendiri amat leka terhadap hiburan dan lain-lain hingga Yahudi bermaharajalela di dunia ini. Krisis Gaza menyaksikan sehingga kini lebih 1,200 rakyat Palestin dibunuh.
Marilah kita sama-sama membudayakan ilmu sesuai dengan Ayat Pertama Al-Quran, “Iqra’” yakni bacalah yang memberi interprestasi kepada pembudayaan ilmu. Ilmu Suluh Kehidupan!

Wallahuallam.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...