RSS

[ARTIKEL] Renungan Di Hari Jumaat

Renungan kita 1

Rukun beragama mempunyai usul usul tertentu. Usul agama bermaksud mulanya sesuatu dengan asbab & cara beramal serta menghadapnya dengan berpandukan Al-Quran.

Renungan kita 2

Untuk beragama,rukun agama memainkan peranan sebagai panduan untuk menuju kejalan yang diredahai ALLAH melalui sunnah 2 yang dianjurkan oleh rasullullah s.a.w

Renungan kita 3

Matlamat hidup Adalah suatu usaha yang jitu berpandukan Al Quran dan Sunnah Rasullullah s.w.a bagi mengembalikkan martabat agama & ummah agar beriman dengan jitu kepada Yang Esa.

Renungan kita 4

Maksud hidup bermula dengan usaha terhadap keruntuhan ummah,Maka fikir untuk itu terserlah dengan usaha yang gigih dan pengharapan hidayah dari Allah.

Renungan kita 5

Hidup perlu ada padanya niat,maksud,fikir & matlamat,Bermula niat dengan jiwa yang tenang.Jiwa yang tenang datangnya dari hati yang kasih.

Renungan kita 6

Kebaikkan bersedekah di akhirat itu ada 5 iaitu menjadi naungan di masyar,mudah hisab amal berat timbang amal,mudah dititi sirat & naik darjat di surga.

Renungan kita 7

Bala Allah akan datang kepada mereka yang berbuat mungkar juga kepada kepada mereka yang kononnya Alim tetapi tiada berbuat apa2 terhadap kemungkaran itu.

Renungan kita 8

Tidak ada yang lebih baik begi seorang lelaki di akhirat kelak selain dari mampu menyelamatkan ibubapa,anak-anak dan isteri2nya dari api neraka.

Renungan kita 9

Kasih sayang diantara suami isteri itu akan menjemput rahmat Allah dan menghapuskan perasaann kianat terhadap keduanya.

Renungan kita 10

Pintu syurga terbuka luas kepada mana2 wanita yang menjaga solatnya puasanya dan taatnya kepada suami dengan penuh rasa cinta,kasih dan sayang
Renungan kita 11

Pahala jihad boleh diperolehi oleh seseorang isteri dengan melayan baik & penuh kasih sayang terhadap suaminya yang pulang dalam keadaan letih dan lesu.

Renungan kita 12

Mereka yang malu untuk memohon kepada Allah selalu adalah di antara yang tertipu dengan muslihat syaitan dan itu adalah bibit2 kufur.

Renungan kita 13

Iman itu pada Roh,Ehsan itu pada hati,Islam itu pada jiwa dan Amal itu pada diri.

Renungan kita 14

Ilmu (Wahyu)itu datang dr langit (Malaikat Jibrail) pengetahuan datangnya dr membaca & kuliah ilham pula dr pengamataan,renungan & pengalaman.

Renungan kita 15

Jgn disesali dgn pengalaman pahit didlm khidupan krn ia adalah satu ilmu,wadah dan panduan di dalam perjalanan untuk mendapat keredhaan Allah.

Renungan kita 16

Jgn letakkkan KeESAan Allah di dalam akal fikiran kita Setinggi2 ilmu dunia ini yg mampu kita kecapi hanyalah umpama setitis air di lautan.

Renungan kita 17

Jgn tertipu dgn bisikkan syaitan yang mahu menghindarkan kita dr berdoa&memohon kesejahteraan krn Allah s.w.mengarahkan kita supaya sering meminta & berdoa kepadaNya.

Renungan kita 18

Bermula menunaikan hak kpd ibubapa adalah dgn melapangkan hati & jiwa mereka.Lapangkan hati mereka dgn menunaikan hak siasah mereka berserta dgn doa.

Renungan kita 19

Bermula berjalan menuju Allah adalah dgn menunaikan hak kpd ibubapa dgn sempurna selagi ianya tidak melanggar kehendak Allah dan Rasul.

Renungan kita 20

Sesungguhnya segala ujian,godaan,gangguan dan tentangan itu izin Allah semata2 mahu melihat kesungguhan dan memantapkan wadah keimanan.
Renungan kita 21

Awasi selangkah berjalan mencari keredhaan Tuhan,akan di halang dgn berbagai ujian,godaan,gangguan & tentangan.Hanya keikhlasan shj menjadi bekalan.

Renungan kita 22

Semua Ilmu yg dipelajari perlu mendapat tunjuk ajar ulamak.Carilah ulamak atau guru yg tidak mempunyai kepentingan duniawi.

Renungan kita 23

Ilmu itu hanyalah panduan.Yg menyemarakkan ilmu itu adalah yg mengamalkanya.Ilmu yg dibaca & di ajar Shj tidak bermanfaat anda.

Renungan kita 24

Rukun beragama mempunyai usul2 yg tertentu.Usul agama bermaksud bermulanya sesuatu dgn sebab & cara untuk beramal yang berpandukan Al Quran

Renungan kita 25

Diantara rukun di dalam agama adalah Rukun Iman,Islam,Hati,Yaqin,Quddus,Ruhul,Amri,Perang (nafsu)Perpaduan,Harian dan Rukun Hakikat.

Renungan kita 26

Untuk beragama,rukun agama memainkan peranan sbg panduan menuju ke jalan yg diredhai Allah terutamanya melalui sunnah2 yg di anjurkan Rasullulah.

Renungan kita 27

Matlamat kehidupan adalah suatu usaha yg jitu berpandukan Al-Quran & sunnah bagi mengembalikan martabat agama yg bertunjangkkan keimanan kpd Allah.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[ARTIKEL] Destinasi Kerjaya Bagi Lepasan SPM



Assalamualaikum.

Artikel ini ditulis khas untuk bacaan pelajar-pelajar lepasan SPM yang ingin mendapatkan informasi ke mana destinasi dan hala tuju pemilihan kerjaya mereka selepas SPM. Saya tahu ramai mereka diluar sana juga pasti mempunyai kenalan atau saudara yang lepasan spm. Jadi jika anda seorang pelajar lepasan spm, kongsikan dengan kawan-kawan anda apa yang saya kongsikan dalam artikel ini. Baca sehingga habis ya.. :)

Ramai di antara rakan-rakan pelajar kita yang sebelum ini dah berjaya melanjutkan pelajaran ke dalam bidang yang diminati. Selain dari kelayakan serta keputusan cemerlang yang mereka terima, mereka juga cepat mengambil tahu tentang maklumat permohonan kerjaya yang terkini. Mereka dahulu pun sentiasa tertanya-tanya ke mana ye saya nak pergi selepas SPM ni? Dan kebanyakan mereka yang berjaya juga sentiasa mengambil tahu peluang dan permohonan kerjaya melalui media massa, buku panduan kerjaya yang terkini, surat khabar dan seumpamanya. Pelajar yang berjaya ialah pelajar yang banyak bertanya tentang status kerjaya dari semasa ke semasa.

Destinasi Bagi Lepasan SPM

Kebanyakan pelajar lepasan SPM masih tercari-cari destinasi dan hala tuju kerjaya masing-masing selepas SPM. Sukar untuk membuat keputusan terbaik yang bakal menentukan masa depan anda sendiri. Di sini apa kata anda baca sedikit informasi mengenai pilihan kerjaya anda selepas SPM.

1. Universiti

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM sudah pasti memilih universiti sebagai destinasi pengajian mereka selepas SPM nanti. Jika anda ingin ke universiti, anda haruslah memohon UPU lepasan SPM/setaraf sebelum ditawarkan program diploma atau asasi di mana-mana IPTA di Malaysia. Selepas itu anda boleh teruskan pengajian ke peringkat ijazah.

2. Program Matrikulasi

Sekiranya anda tidak berjaya mendapat tempat dalam program asasi melalui UPU, janganlah bersedih :) Anda masih boleh menyambung pengajian asas di kolej-kolej matrikulasi dalam bidang Sains Hayat, Sains Fizikal atau Perakaunan. Sama saja dengan program asasi.

Selepas habis program matrikulasi, anda boleh apply UPU lagi untuk lepasan STPM/setaraf di mana anda akan memilih course untuk pengajian ijazah anda. Matrikulasi ada yang programnya setahun dan ada yang dua tahun bergantung kepada keputusan SPM anda. Ramai pelajar-pelajar dari program matrikulasi yang memperolehi keputusan cemerlang dalam pelajaran mereka.

3. Pengajian Luar Negara

Pelajar-pelajar yang mendapat penajaan biasiswa akan melanjutkan pelajaran mereka di luar negara. UK, USA, Australia, New Zealand, Indonesia, India, Japan, Korea, France, Egypt, Russia, Ireland dan Canada antara negara-negara yang menjadi pilihan bagi pelajar-pelajar Malaysia.

4. Politeknik, Program Teknikal dan Latihan.

Jangan mudah berputus asa sekiranya anda gagal ke IPTA dan Program Matrikulasi. Anda masih boleh melanjutkan pelajaran ke politeknik-politeknik seluruh Malaysia. Bila dah dapat result SPM, mohon cepat-cepat sebelum tutup tarikh permohonan.

Di politeknik, anda boleh mohon sijil atau diploma. Dengar-dengar ada 3 politeknik yang bakal dinaik taraf menjadi universiti. Politeknik Ungku Omar (PUO) dan Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) antara politeknik yang bagus dari segi akademiknya. Banyak juga program yang ditawarkan di ILP dan ILJTM, MLPK dan sebagainya.

5. Kolej-kolej Swasta

Kalau beli surat khabar sekarang ni, ada banyak iklan-iklan kolej swasta. Tapi kena pandai pilihlah kolej mana yang bagus dan sesuai. Kalau anda mahu teruskan pengajian ke kolej, anda boleh masuk kolej-kolej yang ada nama sikit seperti Kolej Mahsa atau Masterskill. Nanti masuk kolej yang tak diiktiraf MQA (dahulunya LAN), susah nak dapat kerja.

Saya syorkan anda mohon medical courses seperti Farmasi, Teknologi Makmal Perubatan dan Sains Kesihatan sebab banyak peluang pekerjaan menanti anda diluar sana. Ada juga kolej yang menawarkan program diploma bersekutu dengan IPTA-IPTA di Malaysia. Contohnya di Kolej Shahputra ada ditawarkan program diploma UiTM. Anda juga boleh mohon Kolej Komuniti. Buatlah pilihan yang bijak.

6. Tingkatan 6

Ramai pelajar-pelajar lepasan SPM menjadikan tingkatan 6 sebagai destinasi terakhir mereka selepas SPM. Kenapa tingkatan 6 kurang popular? Bila masuk tingkatan 6, rasa macam budak-budak sekolah lagi kan? Kena pakai uniform sekolah, kena pergi ke sekolah, ada perhimpunan dan sebagainya. Tak macam di universiti, matrikulasi atau kolej yang ada sedikit kelonggaran.

Tapi sedar tak sedar, STPM juga berharga sebenarnya. Kalau mohon UPU untuk STPM/setaraf, pelajar-pelajar lepasan STPM diberi keutamaan dulu berbanding pelajar-pelajar lepasan diploma dan matrikulasi.

7. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Ramai yang tidak tahu kewujudan website SPA dan ada juga yang tak tahu langsung pasal SPA ini. SPA ni boleh anda mohon kerja-kerja tertentu seperti jururawat, juru x-ray, juruaudit, juruukur dan sebagainya. Jika permohonan anda berjaya, anda akan ditemuduga. Lepas lulus temuduga anda seterusnya akan dapat melanjutkan pengajian di mana-mana kolej yang ditawarkan.

8. Kursus Ketenteraan dan ALAM

Bagi sesiapa yang berminat dengan aktiviti lasak serta tahan dengan cabaran dan dugaan fizikal yang tinggi, bolehlah membuat permohonan pengajian ke UPNM. Terdapat banyak caranya dan anda boleh rujuk di laman web atau buku panduan kerjaya yang terkini. Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dengan dunia pekerjaan laut yang mencabar, bolehlah mohon Akademi Laut Malaysia (ALAM).

9. Kursus Penerbangan

Mesti ramai yang berminat dengan kursus ini. Kursus ini merangkumi kerjaya seperti juruterbang, pramugara, pramugari dan ahli-ahli biasa di kawasan lapangan penerbangan. Kerjaya seperti juruterbang, pramugara dan pramugari ini lebih kepada di awangan biru manakala ahli biasa lebih kepada proses teknikal di kawasan lapangan penerbangan.

10. Institut Pendidikan Guru (IPG)

Bagi mereka yang berminat menceburi bidang perguruan bolehlah memohon kerjaya ini. Kerjaya ini sememangnya menjanjikan kepuasan kerana kita dapat berbakti kepada anak bangsa sendiri kelak. Walaupun agak mencabar serta bebanan tugas yang bakal ditempuhi, perkara ini umpama seperti alah bisa tegal biasa. Jadi bekerjalah dalam mendidik anak bangsa sehingga berjaya dan berguna untuk masyarakat dan negara kelak.

Akhir kata, disamping pelajar-pelajar berusaha membuat perbandingan tentang kursus pengajian, ayuh amalkan juga solat istikharah serta sentiasa banyakkan berdoa semoga Allah memberikan ilham untuk kita membuat keputusan terbaik yang diharapkan dapat membawa kebaikan kepada kehidupan kita di dunia ini dan juga di akhirat kelak.

Selain itu, tanamkan niat dalam diri untuk menjadikan kerjaya yang bakal dibina sebagai satu perjuangan dalam usaha memenuhi tuntutan fardu kifayah terhadap umat Islam. Umat Islam masa kini sememangnya memerlukan ramai pakar dalam segenap bidang untuk maju ke hadapan demi mencapai khaira ummah. InsyaAllah, kita sebagai generasi belia Islam hari ini dapat memenuhi aspirasi ummah dengan mencipta kecemerlangan dalam bidang yang diceburi.

Sebagai kesimpulannya, apa yang telah diterangkan adalah beberapa destinasi yang pelajar-pelajar Lepasan SPM boleh pilih untuk meneruskan pengajian. Ada banyak lagi sebenarnya tetapi ini pun sudah mencukupi untuk merangkumkan segalanya. Saya doakan anda berjaya kelak. Terima kasih dan tahniah kerana membaca artikel ringkas ini sehingga habis.



Sumber artikel:layarsukses

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[ARTIKEL] Dosa Yang Lebih Besar Daripada zina

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[ARTIKEL] Di sebalik Ungkapan ''Tak ade apa apa"





Dari catatan seorang teman... 

Beberapa bulan yang lalu hati saya tiba-tiba rasa berdebar, cemas, bimbang dan runsing.. Perasaan itu datang bukan sekali dua malah terlalu kerap.Ketika memandu pun saya turut diserang rasa yang demikian. Saya cuba dapatkan nasihat doktor. Doktor kata takde apa-apa. Hairan juga..! Sewaktu balik ke kampung, saya bertemu dengan guru mengaji Quran. Saya ceritakan perkara yang saya alami. 

"Mungkin ada buat silap dengan mak kot. Cuba check,"katanya. Saya tersandar seketika. Insiden apakah yang boleh membuatkan saya diuji sebegini rupa? Puas saya memikirkannya. Seingat saya, walau ke mana saya hendak pergi dan apa yang saya nak buat, tak pernah saya lupa memberitahu mak. Meminta maaf memang saya jadikan kebiasaan dalam diri. Saya balik ke rumah mak, lalu saya ceritakan peristiwa yang saya alami itu. Saya pohon padanya, "Mama, Sabri nak tanya dari hati ke hati, adakah Sabri pernah buat dosa dengan mama yang mama tak ampunkan?" "Tak ada apa-apa. Mama restu dengan apa yang Sabri buat sekarang ini."Emak menjawab. Saya masih tak puas hati. Esoknya saya tanya lagi. Mama masih menjawab,"Tak ada apa-apa". Saya masih tidak puas hati lagi. Malam itu saya munajat dengan Tuhan minta Allah tunjukkan jalan kebenaran. 

Hari ketiganya dalam keadaan berteleku, saya mengadap mama sekali lagi. Mama ketika itu sedang berehat di sofa. Saya pandang wajah mama, saya genggam erat tangannya erat-erat, "Mama, Sabri pohon sekali lagi, tolonglah mama luahkan apa yang terbuku di hati mama. Sabri tahu sabri ada buat salah, tapi mama tak nak bagitau." Airmata sudah membasahi pipi. "Tak ada apa-apa" Tingkah mama 
semula. Dalam keluhan yang dalam, ibu tua seakan mahu bersuara tapi terdiam kembali. Akhirnya dia bersuara. "Sabri ada satu kisah yang mama susah nak lupakan dan sesekali ingatan itu datang akan membuatkan hati mama terluka.Kadang- kadang ketika membasuh pinggan, mama boleh menangis tersedu-sedu mengenangkan peristiwa itu. Lukanya amat dalam, masih berbekas hingga sekarang." Saya terkedu. Mama menyambung, "Sabri tentu inagt arwah ayah meninggal ketika adik masih kecil. Tanggungan kita ketika itu sangat berat. Duit pencen ayah memang sedikit dan tak cukup nak tampung hidup kita, Sabri ingat tak?" Mama mula menangis. Saya tunduk. 

"Selepas SPM Sabri ditawarkan menjadi guru sandaran, wang hasil titik peluh Sabri tu mama gunakan untuk perbelanjaan adik-adik. Satu hari Sabri bagitau mama Sabri nak melanjutkan pelajaran. Mama merayu supaya hajat itu ditangguhkan dulu sebab kita kesempitan wang dan minta Sabri terus bekerja. Berkali-kali Sabri minta dan merayu pada mama nak sambung belajar juga. Akhirnya mama terpaksa melepaskan Sabri belajar dalam hati yang penuh terpaksa." 

Saya benar-benar terkejut. Mama menyambung lagi, " Cuba bayangkan ketika itu kalau mama tak izinkan Sabri pergi, mama rasa Sabri tetap berkeras pergi juga. Dan perginya Sabri ketika itu adalah sebagai anak derhaka!" Saya meraung sepuas-puasnya, terjelepuk lembik di pangkuan mama. Mulai hari ini mama ampunkan semua dosa Sabri. Adik-adik pun dah berjaya. Segala yang terbuku di hati dah habis mama luahkan. Mama harap mama dapat mengadap Tuhan dengan hati yang tenang." Ungkapan terakhir mama terasa bagaikan air sungai jernih yang mengalir sejuk ke seluruh urat saraf saya seakan membasuh dosa yang lalu. Badan saya terasa ringan yang amat sangat. Syukur kepada Allah hati saya kembali tenang. Terasa kerja-kerja yang dibuat semakin dibantu Allah. 

Sejak peristiwa itu saya selalu berpesan kepada anak-anak, ahli keluarga dan kawan-kawan agar bersihkan hubungan hati kita dengan ibu kerana ia sebagai jambatan menuju ke syurga. Saya yang terlibat dalam program motivasi turut menceritakan pengalaman saya ini kepada peserta kursus. Bukan niat di hati untuk berbangga tapi apa yang saya harapkan semua orang dapat berbuat baik dengan ibu, demi kebaikan didunia dan di akhirat. 

Suatu hari selepas selesai menyampaikan ceramah di sebuah kem motivasi, saya dicuit oleh seorang pegawai lelaki yang sudah melewati usia 40-an. "Ën Sabri, bulan depan telefon saya." Saya kehairanan. Dari sumber yang diketahui, penganjur program memaklumkan lelaki tersebut mengambil cuti seminggu untuk pulang ke kampung. Sebulan kemudian saya menghubunginya dengan telefon."Ën Sabri terima kasih banyak-banyak kerana mengingatkan saya tempoh hari. Kalau tidak saya tak tahulah nasib saya." Suara lelaki itu seakan sebak. Saya bagaikan berteka-teki dengannya. Menurut ceritanya, selepas program tersebut dia terus pulang ke kampung menziarahi ibunya yang sudah terlalu uzur dan sudah sekian lama tidak juga dijengah bertanyakan khabar berita. Sampai dikampung ibu yang uzur itu dipeluk dan dicium. Ibu tua itu kehairanan kerana selama ini si anak tidak pernah berbuat demikian. Dalam tangisan yang penuh syahdu si anak memhon ampun dan maaf di atas segala silapnya selama ini. 

"Syukur kamu dah insaf. Selama hari ini kamu tidak pernah meminta maaf bersunguh-sungguh. Kamu mungkin jadi anak derhaka kalau mak tak ampunkan dosa kamu yang satu ini. Umur mak dah 80 tahun. Selama 50 tahun mak memendam rasa. Dosa yang lain mak boleh ampunkan, tapi dosa yang satu ini mak rasa sungguh berat dan amat tersinggung. Mak terlalu sedih anak yang mak kandung sembilan bulan, anak yang mak kenyangkan perutnya dengan air susu mak ini sanggup mengherdik mak dengan kata-kata 'órang tua bodoh. Tak ada otak." 

Cerita lelaki itu, satu hari dia meminta ibunya membasuh sehelai seluar yang berjenama, dibeli hasil duit gaji pertamanya. Seluar itu terlalu kotor lalu si ibu merendamnya dengan peluntur. Mak gosok dan lipat. Beberapa hari kemudian dia mencari seluar itu untuk dipakai bekerja, malangnya seluar mahal itu didapati telah bersopak-sopak warnanya. Lalu dia yang berdarah muda menjadi berang, mengherdik si ibu, "Hei, orang tua bodoh! Tak ada otak keer? Buta ker? Seluar nih mahal tau!!" Akhirnya dosa si anak diampunkan. 

Daripada kedua-dua cerita ini dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa disebalik ungkapan 'tak ada apa-apa' dari mulut seorang ibu mungkin ada tersimpan 'apa-apa' yang sangat memilukan hati ibu, akibat tingkah laku atau tutur kata kita yang menyinggung hatinya. Jagalah hati ibu, dan sentiasa minta mereka doakan kesejahteraan hidup kita. Sesungguhnya doa dari seorang ibu sangat makbul. 

Dosa pada ALLAH senang untuk kita mohon maaf kerana DIA sedia untuk memaafkan, 
Dosa sesama manusia pula, kita kena menghadapi manusia tersebut untuk mohon kemaafan darinya.. 

"Sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada orang yang sombong dengan perbuatannya, sombong dengan perkataannya. " An-Nisa':36


Dari:http://shadowmie.blogspot.com/

Rasulullah s. a. w. bersabda,..........
'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[GAMBAR] Koleksi Kanta lekap Yang Unik

                                              Koleksi Kanta lekap Yang Unik Di Pasaran



01.Knata lekap kartun Mickey Mouse


                                            02. oleh NIKE untuk ahli sukan lumba basikal.


                                                                03.board elektronik


                                                                 04.oleh DIOR


                                               05.Mata Naga dari cerita "DRAGON BALL"


                                                   06.untuk peminat "spiderman" mungkin?


                                     07.Untuk mereka yang mahukan mata yang bersinar-sinar


                                                   08.Untuk peminat bola agaknya...


                                                                  09.Mata ular....


10.Kanta lekap paling istimewa sekali...siap dengan air mata palsu lagi...


                                                          11.Kanta lekap icon "smiley"


                                                      12.Kanta lekap kartun "Hello Kitty"


                                                    13.Kanta lekap berbentuk kuda belang

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[ARTIKEL ] KISAH MALAIKAT JIBRIL DAN MALAIKAT MIKAIL MENANGIS

Dalam sebuah kitab karangan Imam al-Ghazali menyebutkan bahawa iblis laknatullah itu sesungguhnya namanya disebut sebagai al-Abid (ahli ibadah) pada langit yang pertama, pada langit yang keduanya disebut az-Zahid. Pada langit ketiga, namanya disebut al-Arif. Pada langit keempat, namanya adalah al-Wali. Pada langit kelima, namanya disebut at-Taqi. Pada langit keenam namanya disebut al-Kazin. Pada langit ketujuh namanya disebut Azazil manakala dalam Luh Mahfudz, namanya ialah iblis.

Dia (iblis) lupa akibat urusannya. Maka Allah s.w.t. telah memerintahkannya sujud kepada Adam. Lalu iblis berkata, "Adakah Engkau mengutamakannya daripada aku, sedangkan aku lebih baik daripadanya. Engkau jadikan aku daripada api dan Engkau jadikan Adam daripada tanah." Lalu Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Aku membuat apa yang aku kehendaki." Oleh kerana iblis laknatullah memandang dirinya penuh keagungan, maka dia enggan sujud kepada Adam a.s. kerana bangga dan sombong. Dia berdiri tegak sampai saatnya malaikat bersujud dalam waktu yang berlalu. Ketika para malaikat mengangkat kepala mereka, mereka mendapati iblis laknatullah tidak sujud sedang mereka telah selesai sujud. Maka para malaikat bersujud lagi bagi kali kedua kerana bersyukur, tetapi iblis laknatullah tetap angkuh dan enggan sujud. Dia berdiri tegak dan memaling dari para malaikat yang sedang bersujud. Dia tidak ingin mengikut mereka dan tidak pula dia merasa menyesal atas keengganannya.

Kemudian Allah s.w.t. merubahkan mukanya pada asalnya yang sangat indah cemerlangan kepada bentuk seperti babi hutan. Allah s.w.t. membentukkan kepalanya seperti kepala unta, dadanya seperti daging yang menonjol di atas punggung, wajah yang ada di antara dada dan kepala itu seperti wajah kera, kedua matanya terbelah pada sepanjang permukaan wajahnya. Lubang hidungnya terbuka seperti cerek tukang bekam, kedua bibirnya seperti bibir lembu, taringnya keluar seperti taring babi hutan dan janggut terdapat sebanyak tujuh helai.

Setelah itu, lalu Allah s.w.t. mengusirnya dari syurga, bahkan dari langit, dari bumi dan ke beberapa jazirah. Dia tidak akan masuk ke bumi melainkan dengan cara sembunyi. Allah s.w.t. melaknatinya sehingga ke hari kiamat kerana dia menjadi kafir. Walaupun iblis laknatullah itu pada sebelumnya sangat indah cemerlang rupanya, mempunyai sayap empat, banyak ilmu, banyak ibadah serta menjadi kebanggan para malaikat dan pemukanya, dan dia juga pemimpin para malaikat karubiyin dan banyak lagi, tetapi semua itu tidak menjadi jaminan sama sekali baginya.

Ketika Allah s.w.t. membalas tipu daya iblis laknatullah, maka menangislah Jibril a.s.dan Mikail. Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Apakah yang membuat kamu menangis?" Lalu mereka menjawab, "Ya Allah! Kami tidaklah aman dari tipu dayamu." Firman Allah s.w.t. bagi bermaksud, "Begitulah aku. Jadilah engkau berdua tidak aman dari tipu dayaku." Setelah diusir, maka iblis laknatullah pun berkata, "Ya Tuhanku, Engkau telah mengusir aku dari Syurga disebabkan Adam, dan aku tidak menguasainya melainkan dengan penguasaan-Mu."

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Engkau dikuasakan atas dia, yakni atas anak cucunya, sebab para nabi adalah maksum." Berkata lagi iblis laknatullah, "Tambahkanlah lagi untukku." Allah s.w.t. berfirman yang maksudnya, "Tidak akan dilahirkan seorang anak baginya kecuali tentu dilahirkan untukmu dua padanya." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Lalu Allah s.w.t. berfirman dengan maksud, "Dada-dada mereka adalah rumahmu, engkau berjalan di sana sejalan dengan peredaran darah." Berkata iblis laknatullah lagi, "Tambahkanlah lagi untukku." Maka Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud, "Dan kerahkanlah terhadap mereka pasukan berkuda dan pasukan yang berjalan kaki, ertinya mintalah tolong menghadapi mereka dengan pembantu-pembantumu, baik yang naik kuda mahupun yang berjalan kaki. Dan berserikatlah dengan mereka pada harta, iaitu mendorong mereka mengusahakannya dan mengarahkannya ke dalam haram."

"Dan pada anak-anak, iaitu dengan menganjurkan mereka dalam membuat perantara mendapat anak dengan cara yang dilarang, seperti melakukan senggama dalam masa haid, berbuat perkara-perkara syirik mengenai anak-anak itu dengan memberi nama mereka Abdul Uzza, menyesatkan mereka dengan cara mendorong ke arah agama yang batil, mata pencarian yang tercela dan perbuatan-perbuatan yang jahat dan berjanjilah mereka." (Hal ini ada disebutkan dalamsurah al-Isra ayat 64 yang bermaksud : "Gerakkanlah orang yang engkau kuasai di antara mereka dengan suara engkau dan kerahkanlah kepada mereka tentera engkau yang berkuda dan yang berjalan kaki dan serikanlah mereka pada harta dan anak-anak dan berjanjilah kepada mereka. Tak ada yang dijanjikan iblis kepada mereka melainkan (semata-mata) tipuan."

Dari:http://shadowmie.blogspot.com/

Rasulullah s. a. w. bersabda,..........
'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

[ARTIKEL ]Kisah Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran

1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.
------------------------------------------------------

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina 'Aisyah menceritakan...... 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.
------------------------------------------------------

3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'
-----------------------------------------------------

4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda teramat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.' Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa saja hari ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.
------------------------------------------------------

5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami sedang memukul isterinya. Rasulullah menegur,.........
'Mengapa engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, 'Isteriku sangat keras kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w. 'Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?'
-----------------------------------------------------

6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik,kasih dan lemah lembut terhadap isterinya.
' Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?' 'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'

'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis,kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?' Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.'
-----------------------------------------------------------

8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.
----------------------------------------------------------

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.
----------------------------------------------------------

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.
----------------------------------------------------------

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.
-----------------------------------------------------------

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.
-----------------------------------------------------------

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?' Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.'

Dari:http://shadowmie.blogspot.com/

Rasulullah s. a. w. bersabda,..........
'SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..'

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...