Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya
kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka
pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang
yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah
tersebut.
Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu
saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring
hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di
wajah ibu.
Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu
baju
kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini
saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat
bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk
mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh
penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya,
seketika
ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya
Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya
sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke
fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.
Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah
berakhir,
tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan
Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada
didalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang
berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang
pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk
saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu
telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya.
Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ...dan yang membuatnya terkejut, saya
memberitahunya bahawa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang
paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah
membuat
saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya
kasih
sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.
Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya
akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak
keajaiban,
segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat
menandingi keindahan tangan Ibu...
With Love to All Mother.
"JIKA KAMU MENCINTAI IBU MU KIRIMLAH CERITA INI KEPADA ORANG LAIN, AGAR
SELURUH ORANG DIDUNIA INI DAPAT MENCINTAI DAN MENYAYANGI IBUNYA ".
Tangan Ibu
Motivasi - Kita Tidak Tahu...
Kita Tidak Tahu...
*dipetik dari Osman Affan under Motivasi
Satu kisah…..seorang wanita dalam perjalanan untuk ke stesen bas. Dia sekarang berada di Kuala Terengganu dan mahu bertolak ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas ekspres. Bas dijadualkan bertolak pada pukul 9 malam dan sekarang jam menunjukkan pukul 8.45 malam.
“Ishh..cepatlah dik. Terlepas bas akak nanti.”
Si adik hanya mendiamkan diri. Keretanya yang tidak pernah rosak sebelum ini tiba-tiba sahaja meragam sebelum memulakan perjalanan tadi. Si kakak sudah tidak berhenti-henti merungut kerana bimbang tertinggal bas.
“Aduh…10 minit lagi…. jauh lagi ni!” rungut si kakak kerana memikirkan masih ada lebih kurang 15 kilometer lagi sebelum sampai ke perhentian bas. “Semuanya serba tak kena malam ni!” Katanya lagi.
“Takpe, selalu bas kan lambat bertolak. Cakap pukul 9, pukul 9.15, 9.30 baru bergerak….macam tak biasa,” sahut si adik untuk menenangkan diri sendiri dan diri si kakak. Si kakak tidak membalas, hanya memasamkan muka.
Tepat 9.05 malam, mereka sampai ke stesen bas. Malangnya, mereka diberitahu bas telah bertolak tepat pukul 9.02 minit tadi. Si kakak terus mengeluh. Si adik tidak berkata apa-apa. Si kakak akan terlepas masuk kerja esok. Si adik akan menerima leteran sepanjang malam.
Di awal pagi keesokan harinya, si kakak menerima berita yang agak mengejutkan. Bas yang bertolak malam tadi terkandas di sempadan Kemaman dan Pahang disebabkan banjir. Semua penumpang terpaksa bermalam di dalam bas dan ada juga yang dijemput oleh keluarga berdekatan untuk pulang semula ke rumah.
Si kakak menarik nafas panjang. “Kalau aku naik bas semalam, tidakkah aku kena tidur dalam bas yang sempit dan mungkin panas sepanjang malam?”
Si adik hanya tersenyum semasa mendengar berita tersebut.
Cerita tamat.
Satu persoalan yang bermain di minda saya. Pernahkah kita merungut, sedih dan murung tentang sesuatu sedangkan perkara tersebut sebenarnya adalah permulaan kepada sesuatu yang sangat menggembirakan diri kita? Pernahkah sesuatu yang kita sangka satu bencana atau musibah tetapi sebenarnya adalah satu rahmat kurniaan Allah? Inilah mesej yang perlu kita fikirkan bersama. Jika kita sedang dilanda kesedihan atau kekecewaan, mungkin ada rahmat dan kegembiraan yang sedang bersembunyi disebaliknya. Jika kita fokuskan minda kita secara positif kepada perkara ini, tahap kesedihan dan kedukaan yang kita alami akan menurun dan hati kita akan jadi lebih tenang. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud:
“Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedang ia lebih baik bagimu; dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia melarat bagimu. Dan Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui.”
Selamat mencari ketenangan dan kegembiraan dalam setiap perkara yang berlaku di dalam hidup kita.
LAWAK HARI INI : Resume "terbaik" dalam sejarah MAS
* Resume ini memang betul diterima oleh MAS.
Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar
5 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang Selangor.
(Rumah pakcik saya)
Tuan Pengurus Besar Kanan
Malaysia Airlines System
21 Sep 2005
Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.
Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam bidang teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana Saya juga adalah seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan Kenalah ambil saya bekerja disini.
1. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD GHAFAR adalah seorang ahli KWSP. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya bekerja disini.Itu saja keotaian saya.
2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.
3. Akademik Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran : (gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B
Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK)
Sijil Kejuruteraan Automotive (Tahap 1&2) dari Institut latihan Perindustrian Kementerian Sumber Manusia Malaysia
4. Pengalaman kerja
!P Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh , Perak
!P Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu)
!P Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka. (pusat serenti)
5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat tuan dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok & akan belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan saya berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya pernah ponteng skolah dan ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini. Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini. Sekiranya saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk makluman tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai dan pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan ambil sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan bacaan yasin. Dah kunjungan org ramai.
Sekian terima kasih.
Yang benar,
(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor
LAWAK HARI INI : Asking Salary increase?
Dear Bo$$
In thi$ life, we all need $ome thing mo$t de$perately. I think you $hould be under$tanding of the need$ of u$ worker$ who have given $o much $upport including $weat and $ervice to your company.
I am $ure you will gue$$ what I mean and re$pond $oon.
Your$ $incerely,
Norman $hah
The next day, the employee recieved this letter of reply:
Dear NOrman
I kNOw you have been working very hard. NOwadays, NOthing much has changed. You must have NOticed that our company is NOt doing NOticeably well as yet.
NOw the newspaper are saying the world`s leading ecoNOmists are NOt sure if the United States may go into aNOther recession. After the NOvember presidential elections things may turn bad.
I have NOthing more to add NOw. You kNOw what I mean
Hantaran Al-Quran
~~Sempena musim perkahwinan yang sedang berlaku pada cuti sekolah ini, kita sering melihat hantaran kitab Al-Quran yang dijadikan salah satu daripada hantaran untuk pihak pengatin lelaki atau perempuan. Jadi kisah ini akan memberitahu apakah maksud disebalik hantaran itu..~~
“Sayang, tengok nih. Cantiknya Al-Quran nih. Warna keemasan. Sesuai untuk kita buat hantaran” pekik Jamilah kepada Nabil..
“Sini pun cantik juga. Warna unggu keemasan. Mana satu kita nak beli nih” balas Nabil.
Mereka sedang asyik mencari bahan-bahan untuk dibuat hantaran. Tinggal satu lagi yang masih dicari-cari iaitu Al-Quran yang bakal dijadikan hantaran.“Tapi, yang ni lagi best, ada terjemahan arab” keluh Jamilah.“ Ala , awak bukan reti pun bahasa arab” jawab Nabil. Tergelak Jamilah. Berbahagia rasanya dapat calon suami seperti Nabil. Prihatin.
“Apa yang saudara cari tu. Nampak seronok saya lihat” tegur pakcik berbaju putih. Jaluran baju ke bawah menampakkan lagi seri wajah seorang pakcik dalam lingkungan 40-an.
“Oh, kami cari Al-Quran. Nak buat hantaran. Maklumlah, nak bina masjid” sengih Nabil.
Jamilah ikut senyum tidak jauh dari situ..
“Oh. Bagus lah. Adik selalu baca waktu bila?” pakcik menyoal sambil tersenyum.
“Aa.. aa.. lama dah saya tak baca, pakcik“ teragak-agak Nabil menjawab. Jamilah sudah di sebelah rak yang lain.
“Kalau gitu, tak perlu lah beli Al-Quran kalau sekadar hantaran. Kesian Al-Quran. Itu bukan kitab hiasan, dik” tegur pakcik berhemah.
“Alah, pakcik nih. Kacau daun pulak urusan orang muda. Kami beli ni nak baca la” tiba-tiba Jamilah muncul dengan selamba jawapannya.
“Oh, baguslah. Kalau gitu beli lah tafsir ArRahman. Ada tafsiran lagi” cadang pakcik. Mukanya nampak seperti orang-orang ahli masjid.
“ Ala , besar lah pakcik. Kami nak pilih nih. Kiut lagi” senyum Jamilah mengangkat bungkusan Al-Quran warna unggu keemasan.Saiznya kecil.
“Jangan lupa baca ya” pakcik dengan selamba sambil meninggalkan pasangan tersebut.
“Sibuk je la pakcik tu” Jamilah mengomel.
Nabil kelihatan serba salah. Mungkin ‘terpukul’ dengan kata-kata seorang pakcik yang muncul secara tiba-tiba.Hari yang dinantikan sudah tiba.
Mereka sudah bersolek. Hari nan indah. Terlalu indah buat pasangan teruna dan dara yang bakal disatukan. Nabil dan Jamilah tidak sabar-sabar menantikan ucapan indah tersebut.
Pak imam baru sahaja sampai.“Assalamualaikum semua” ucapan salam Pak Imam bergema.Nabil bagai hidup semula. Dirinya terkejut. Jantung bagai gugur serta merta. Mungkin tidak percaya apa yang dipandangnya dihadapan. Ahli-ahli keluarga berebut-rebut bersalaman dengan Pak Imam.
Mukanya berseri-seri. Janggutnya putih. Jubah putih. Rambutnya ada yang berwarna putih.
“Inikah pengantin hari ini?” tegur selamba Ustaz Saad.
“Pak.. Ustaz.. kabar baik, pak... usta.. ustazz..” jawab Nabil mengigil.
Jamilah juga terkebil-kebil melihat kelibat orang yang dikenali di kedai buku 2 bulan lalu.
“Oh, sebelum tu, saya suka mendengar bacaan adik Nabil. Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat dari bacaan pengantin” cadang Ustaz Saad.
Kelihatan orang ramai mengiyakan. Maklumlah, ustaz Saad merupakan antara orang dikenali oleh ahli-ahli sebagai penceramah tetap setiap hari Khamis selepas maghrib.Nabil menelan air liur. Baginya inilah saat paling menyeramkan bagi dirinya. Peluh membasahi baju melayu satin berwarna putih.
“Ss.. su.. surah apa ustaz?” Nabil cuba mengagahkan diri. Jamilah masih melihat dari tepi tirai. Memegang kepalanya. Seperti mengagak benda yang sebaliknya berlaku.
“Oh, ayat yang mudah ja. Baca 3 ayat Surah ArRa’d” kata ustaz Saad sambil menunjukkan baris giginya yang putih hasil bersugi setiap solat mengikut sunnah nabi.
Surah Ar Rad
Surah Ar Ra'd“Apa benda nih” detik hati Nabil
“Bismillahirrahmaanirrahim..ALL..MAA.. RIII..!!” berlagu Nabil.Kelihatan gemuruh satu rumah pengantin perempuan.
Ada yang keluar dari rumah menahan gelak. Ada yang mengeluarkan air mata menahan kelucuan. Ada yang menggeleng-geleng kepala.
Ibu bapa Jamilah merah padam wajahnya. Jamilah entah ke mana, mungkin berpura-pura ke tandas.
“Baru ustaz tahu ada kalimah almari di dalam ALQuran. Adik Nabil, cara bacanya seperti begini : A’uzubillahiminnassyaitaanirrajim.. Bismillahirrahmanirrahim.. ALIF.. LAMM.. MIMMM... RAA..” kedengar suara gemersik Ustaz Sa’ad.
Orang ramai kelihatan ingin mendengar lebih banyak lagi alunan irama Al-Qurannya.Nabil berasa seperti kilat menyambar kepalanya.
“Nabil, kamu jangan merendah-rendahkan kitab petunjuk iaitu Al-Quran. Ianya hendaklah dibaca bukan sekadar dijadikan hantaran. Malah lebih malang perlakuan seperti ini seolah-olah menghina Al-Quran. Beli Al-Quran kemudian menaruh di tempat-tempat tinggi seolah-olah ianya sudah cukup bagi seorang muslim” tazkirah sudah bermula. Orang ramai memang senang cara penyampaian ustaz Sa’ad.
“Tinggi mana pun kamu belajar, tiada gunanya kitab yang tidak berubah ini tidak mampu kamu baca. Kitab ini pasti begini rupanya, ayatnya tetap sama, kedudukannya tidak sama. Malah, ketahuilah Allah akan menjaganya sehingga hari kiamat. Nabil, kalau kamu tahu orang-orang yang mengaku kitab Al-Quran sebagai kitab petunjuk kemudian diabaikan dia pasti dilaknat oleh Al-Quran itu sendiri.
Tetapi beruntungnya orang-orangnya memanfaatkan Al-Quran setiap hari, membacanya, menghafalnya, mengamalkan menjadikan hati terlalu tenang walapun dia bukannya seorang yang tinggi pelajarannya, kaya hidupnya dan sebagainya..” penutup Ustaz Sa’ad sudah dikagumi orang terutama yang mengikuti ceramahnya.
Hari semakin cepat berlalu.Nabil sudah melalui hari-hari yang indah. Kitab Al-QUran yang menjadi hantaran pertunangan sudah menjadi diari kehidupannya yang aktif setiap hari.Pit.. Pit! Jangan lupa datang rumah ustaz malam nih. Kita belajar sama-sama. Jangan lupa bawa isteri sekali ya Nabil. SMS dari ustaz Sa’ad tiba. Jamilah senyum disisi suaminya, Nabil.
---------------------------------------------------------------
Segala watak dan nama dalam kisah ini, tiada kena mengena antara yg hidup dan mati..kisah ini hanya untuk kita berfikir sejenak tentang perkara yg selalu di amalkan oleh manusia..
Dari: http://shadowmie.blogspot.com






