RSS

Apa itu IPU







Apakah ia IPU?
Indeks Pencemar Udara (IPU) merupakan indikator bagi status kualiti udara di kawasan-kawasan tertentu. Ia dikira berdasarkan kepada kepekatan purata 5 pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO2), nitrogen dioksida (NO2), karbon monoksida (CO), habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer(PM10), ozon di permukaan bumi (O3) yang mempunyai kaitan terhadap kesan kepada kesihatan manusia.
Adakah kiraan IPU di Malaysia mengikut piawaian antara bangsa ? Ya, dan ia berdasarkan standard protokol antarabangsa Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat, United States Environmental Protection Agency (USEPA).
Apakah tahap-tahap IPU?
Baik (antara 0 hingga 50), Sederhana (antara 51 hingga 100), Tidak Sihat (antara 101 hingga 200), Sangat Tidak Sihat (antara 201 hingga 300) dan Berbahaya (melebihi 300).
Jerebu dan PM10?
Kepekatan bagi setiap pencemar udara dicerap melalui 52 stesen pengawasan kualiti udara automatik di seluruh Negara. Semasa jerebu, zarahan / habuk halus yang sebesar kurang dari 10 mikrometer (PM10) menjadi indikator kepada pencemaran jerebu merentas sempadan akibat kebakaran tanah dan hutan gambut di Indonesia.

Mengapa pada awal kejadian jerebu, bacaan IPU masih rendah?
Bacaan IPU sebenarnya menggambarkan status kualiti udara sepanjang tempoh 24 jam lalu. Sebagai contoh, pengukuran pada jam 8.00 pagi ini mengambil kira kepekatan purata pencemar PM10 dari jam 8.00 pagi sehari sebelumnya. Tempoh 24 jam dikira berdasarkan kajian pendedahan bahan pencemar yang selamat kepada kesihatan manusia normal. Semasa jerebu baharu terjadi, faktor tersebut menyebabkan bacaan IPU tidak sepadan dengan jarak penglihatan dan tidak menggambarkan keadaan sebenar jerebu di luar . Bacaan IPU akan mengambil sedikit masa untuk mencapai tahap “tidak sihat” disebabkan kepekatan PM10 baharu hendak meningkat. Jerebu juga akan bertambah teruk apabila terdapat kandungan wap air dalam udara yang tinggi mengelilingi habuk halus PM10 ini yang menyebabkan jarak penglihatan menjadi bertambah buruk.
Mengapa kualiti udara di Malaysia tidak mengikut kiraan seperti di Singapura berdasarkan PSI - PM2.5 ?
Kedua-dua sistem kiraan IPU- PM10 dan PSI- PM2.5 masih boleh diterima oleh standard protokol antara bangsa bergantung kepada keperluan negara dan mekanisme masing-masing untuk bertindak balas terhadap ancaman jerebu. Apa yang perlu diketahui adalah Kerajaan telah dan sedang bertindak mengikut Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan untuk melindungi kesihatan rakyat.
Kedua-dua indeks ini hanya sebagai petunjuk kualiti atau pencemaran udara bagi memastikan kesihatan kepada masyarakat.
credit:Ketua Pengarah Alam Sekitar Malaysia


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...