RSS

LANGKAH - LANGKAH MENUJU KESEMPURNAAN IMAN



01. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 

02. Sabar apabila mendapat kesulitan; 

03. Tawakal apabila mempunyai rancangan/program; 

04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan; 

05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan; 

06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan; 

07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan; 

08. Jangan usil dengan kekayaan orang; 

09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang; 

10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan; 

11. Jangan tamak kepada harta; 

12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan; 

13. Jangan hancur kerana kezaliman; 

14. Jangan goyah kerana fitnah; 

15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri. 

16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram; 

17. Jangan sakiti ayah dan ibu; 

18. Jangan usir orang yang meminta-minta; 

19. Jangan sakiti anak yatim; 

20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar; 

21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil; 

22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid); 

23. Lakukan solat dengan ikhlas dan khusyu; 

24. Lakukan solat fardhu di awal waktu, berjamaah 
di masjid; 

25. Biasakan solat malam; 

26. Perbanyak dzikir dan do'a kepada Allah; 

27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat; 

28. Sayangi dan santuni fakir miskin; 

29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah; 

30. Jangan marah berlebih-lebihan; 

31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan; 

32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah kerana Allah; 

33. Berlatihlah konsentrasi fikiran; 

34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalahmaaf apabila kerana sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi; 

35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan blis/syaitan; 

36. Jangan percaya ramalan manusia; 

37. Jangan terlampau takut miskin; 

38. Hormatilah setiap orang; 

39. Jangan terlampau takut kepada manusia; 

40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala; 

41. Berlakulah adil dalam segala urusan; 

42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah; 

43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala; 

44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran; 

45. Perbanyakkan silaturrahim; 

46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam; 

47. Bicaralah secukupnya; 

48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya; 

49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu; 

50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur; 

51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit batin; 

52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga; 

53. Makanlah secukupnya, tidak kekurangan dan tidak berlebihan; 

54. Hormatilah kepada guru dan ulama; 

55. Sering-sering bershalawat kepada nabi; 

56. Cintai keluarga Nabi saw; 

57. Jangan terlalu banyak hutang; 

58. Jangan terlampau mudah berjanji; 

59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar  bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara; 

60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti bercakap-cakap yang tidak berguna; 

61. Bergaullah dengan orang-orang soleh; 

62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar; 

63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu; 

64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita; 

65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi; 

66. Jangan membenci seseorang kerana fahaman dan pendiriannya; 

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita; 

68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan 

69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan. 

70. Jangan melukai hati orang lain; 

71. Jangan membiasakan berkata dusta; 

72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian; 

73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab; 

74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan 
dan kesungguhan; 

75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita 

76. Jangan membuka aib orang lain; 

77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, 
lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita; 

78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana; 

79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan; 

80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong kerana kaya; 

81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara; 

82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain; 

83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara; 

84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa; 

85. Hargai prestasi dan pemberian orang; 

86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan; 

87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan. 

88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita; 

89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu; 

90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana; 

91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita; 

92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat
menyebabkan orang lain terhina; 

93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya; 

94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban; 

95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan; 

96. Jangan memaksa diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri; 

97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan; 

98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerosakan; 

99. Jangan berjaya di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang. 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...